Gratisan Musik

Sunday, 25 September 2011

Kata Nama Khas

     Selamat bertemu kembali. Saya telah memberi sedikit maklumat tentang kata nama am dan  beberapa contoh ayat. Hari ini saya akan menerangkan pula tentang kata nama khas dan juga contoh ayatnya. Semoga anda mendapat sedikit manfaat daripada nota yang diberi ini.
  • Kata nama yang merujuk sesuatu secara khusus.
  • Kata nama khas dimulakan dengan huruf besar.

Contoh ayat:
  1. Dungun dan Marang merupakan daerah yang terletak di Negeri  Terengganu.
  2. Datuk Seri Mohd Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang mencetuskan idea 1 Malaysia.
  3. Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu aspek yang terkandung dalam Rukun Negara.
  4. Adik Raihana akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara.
  5. Kucing peliharaan Azrul diberi nama Si Tompok.


Kata Nama Am

Selamat datang ke blog Tatabahasa Bahasa Malaysia. Saya berharap blog ini akan dapat memberi pengetahuan dan maklumat kepada anda tentang Tatabahasa Bahasa Malaysia yang dipelajari diperingkat sekolah rendah. Semoga anda bergembira dan mendapat manfaat melalui blog ini. Hari ini saya akan menerangkan serba sedikit tentang kata nama am. Tentu ramai yang sudah tahu apa yang dikatakan kata nama am. Sila rujuk nota yang saya sediakan di bawah.

       *  Kata nama yang merujuk sesuatu secara umum dan tidak dimulakan dengan huruf 
           besar.   
       *  Contohnya nama benda, orang, haiwan, perkara dan tempat.

Contoh ayat:
  1. Akibat tidak tahan dengan keadaan yang panas, Siti telah memasang alat pendingin hawa di biliknya.
  2. Kebanyakan pekerja di ibu kota menggunakan komuter sebagai alternatif mengelakkan kesesakan lalu lintas.
  3. Kakak memasukkan sehelai daun pandan ke dalam nasi lemak yang dimasak supaya lebih wangi.
  4. Bandar Tokyo amat cantik pada waktu malam kerana disinari lampu neon.
  5. Rajawali dan ketitir tergolong dalam spesies burung.