Bertemu lagi dalam ruangan Tatabahasa Bahasa Melayu. Saya pasti pada masa ini murid-murid sedang seronok bercuti. Selamat bercuti dan jangan lupa pastikan masa cuti anda diisikan dengan perkara-perkara yang berfaedah. Opsss.....terlupa pula. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dengan cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Bagi murid yang kurang berjaya, jangan mudah berputus asa. Tingkatkan lagi usaha kerana banyak lagi perkara yang akan anda lalui selepas ini....jadikan ia sebagai satu cabaran.
Hari ini saya akan mengisi ruangan ini dengan tajuk baru iaitu ..........
* Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua patah perkataan dan mempunyai makna yang padat dan tepat.
Contoh simpulan bahasa yang bermula dengan perkataan anak.
Contoh simpulan bahasa yang bermula dengan perkataan angkat.
* Contoh-contoh lain simpulan bahasa ialah....
Ulat buku - suka membaca buku
Ajak-ajak ayam - Pelawaan yang tidak sungguh-sungguh
Ayam tambatan - orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan.
Gaji buta - menerima gaji tanpa bekerja
Sampai di sini sahaja untuk hari ini. Kita bertemu lagi dalam ruangan yang akan datang....Kata-kata hikmah untuk hari ini ialah....
Jumpa lagi.....
wah...sesuai utk anak2 kat sek dan di rumah ni..teruskan usaha..tq.
ReplyDelete