Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke asrama penuh. Kepada semua murid, mulakan sesi persekolahan yang baru ini dengan menanam azam untuk menjadi insan yang lebih baik. Teruskan berusaha menimba ilmu agar akhirnya anda berjaya menggenggam segulung ijazah.....
Sebelum saya menerangkan tajuk pada hari ini, saya pasti anda sudah melihat video di atas....Agaknya apakah tajuk yang akan saya terangkan pada hari ini? Cuba teka...ya, tentulah tajuk yang berkaitan dengan ayat. Saya akan menerangkan serba sedikit tentang ....
Ayat dan jenis-jenisnya
* Ayat merupakan peringkat yang tertinggi dalam sistem bahasa.
* Ayat yang lengkap dan sempurna mestilah terdiri daripada subjek dan predikat.
* Contoh ayat:
Kami (subjek)
menonton televisyen (predikat)
Kami menonton televisyen.
Rosliza (subjek)
guru sekolah (predikat)
Rosliza guru sekolah.
* Antara jenis-jenis ayat ialah:
Terdapat juga......
Contoh ayat
1. Wah, besarnya rumah itu!
2. Cis, terimalah tikaman ku ini!
3. Aduh, sakitnya kaki aku!
4. Syabas, kamu telah berjaya!
5. Eh, Aziah rupanya!
Di samping itu ada juga......
Contoh ayat suruhan.
1. Buang sampah yang bertaburan itu ke dalam tong sampah.
2. Pergi beratur di sana.
3. Ambil buku ini dan masukkan ke dalam beg.
Contoh ayat larangan.
1. Jangan bermain di tepi sungai itu kerana airnya deras.
2. Usah kau tanya ke mana aku pergi.
Contoh ayat silaan.
1. Sila datang ke rumah saya pada hari Sabtu ini.
2. Jemput makan hidangan yang disediakan di atas meja itu.
Contoh ayat permintaan.
1. Tolong hantar juadah ini ke rumah Puan Kamariah.
2. Minta tuan-tuan dan puan-puan datang awal kerana taklimat akan dimulakan tepat pada masanya.
Cuba selesaikan latihan di bawah.
Tuliskan jenis-jenis ayat bagi setiap ayat di bawah dalam ruangan yang disediakan.
1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan. (______)
2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok kelapa. (____________)
3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu! (___________)
4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan yang mengerikan itu. (____________)
5. Sila tinggalkan tempat ini dengan segera. (__________)
6. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu. (____________)
7. Sila isi borang permohonan itu dengan lengkap. (_______)
8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu! (_________)
9. Usah difikirkan perkara itu lagi. (___________)
10. Murid-murid itu sedang tekun membaca buku di perpustakaan. (___________)
Adakah anda dapat menjawab semua soalan dengan tepat? Untuk kepastian, sila rujuk jawapan di bawah......
1. Ayat larangan
2. Ayat penyata
3. Ayat seruan
4. Ayat penyata
5. Ayat silaan
6. Ayat suruhan
7. Ayat silaan
8. Ayat seruan
9. Ayat larangan
10. Ayat seruan
Setakat ini sahaja penerangan tentang ayat untuk kali ini. Jangan lupa....teruskan melayari blog tatabahasa Bahasa Melayu untuk menambahkan pengetahuan anda. Selamat kembali ke sekolah dan apabila berada di sekolah nanti tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan yang paling penting hormati guru anda agar ilmu yang diberikan mendapat keberkatan.......
Kata-kata hikmah untuk hari ini ialah.........
Jumpa lagi..........
Terima kasih.
ReplyDeletekalau menggunakan kata "tidak dibenarkan..." termasuk dalam ayat larangan (ayat kehendak) atau ayat nafi ye? terima kasih
ReplyDeleteDo you realize there is a 12 word sentence you can communicate to your man... that will trigger deep emotions of love and impulsive attraction to you deep within his heart?
ReplyDeleteThat's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, treasure and protect you with all his heart...
=====> 12 Words Who Fuel A Man's Desire Instinct
This instinct is so built-in to a man's brain that it will drive him to try better than ever before to take care of you.
As a matter of fact, fueling this mighty instinct is absolutely important to achieving the best possible relationship with your man that once you send your man one of these "Secret Signals"...
...You'll soon notice him expose his mind and soul to you in a way he's never expressed before and he will recognize you as the only woman in the galaxy who has ever truly understood him.
I want to bina ayat
ReplyDeleteAyat kehendak?
ReplyDeleteterima kasih .saya gunakan info utk dikongsikan.
ReplyDelete