Gratisan Musik

Friday, 9 December 2011

Penanda Wacana

Salam 1 Malaysia.


     Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua murid. Isilah masa cuti anda dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan faedah. Jika anda melancong sama ada di dalam atau di luar negara, jagalah keselamatan anda dan jangan lupa buatlah sedikit catatan kerana ia merupakan pengalaman yang boleh digunakan pada masa akan datang.
       Sempena cuti sekolah ini, luangkanlah sedikit masa untuk terus mengikuti ruangan ini. Hari ini saya akan menerangkan tentang .......

PENANDA WACANA


* Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.

* Ia menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang lain yang saling berkaitan.

* Penanda wacana juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baharu. Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian idea.

     Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya. Antaranya ialah:

Contoh ayat:
1. Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.

2. Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.

3. Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo Dato' Kamal.

4.   Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.




Contoh ayat:
1.   Saya tidak dapat melihat dengan jelas lebih-lebih lagi pada waktu malam.

2.   Danish suka menonton rancangan dokumentari, tambahan pula yang berkaitan dengan haiwan.

3.   Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagi pun, harganya murah.

4.   Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara. Malah, perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.



Contoh ayat:
1.  Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sejak itu, dia sering termenung dan kelihatan murung.

2.  Badrul selalu ponteng sekolah. Lantaran itu, ibu bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.  

3.  Ibu bapa saya tiada di rumah ketika ini. Oleh itu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah.

4.  Peperiksaan UPSR semakin hampir. Justeru, kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.

     Demikianlah serba sedikit penerangan tentang penanda wacana yang perlu difahami oleh semua murid. Walaupun tajuk ini agak sukar namun begitu jika kita membuat banyak latihan dan ulangkaji ia akan menjadi lebih mudah. Teruskan membuat latihan untuk memantapkan lagi pemahaman anda tentang penanda wacana.

    
untuk hari ini ialah........




Jumpa lagi dan selamat bercuti........






1 comment:

  1. terima kasih information yang mana dapat membantu sebagai rujukan pelajar yang ingin membuat karangan lebih baik dan banyak menggunakan ayat wacanadalam setiap karangan....

    ReplyDelete